Khamis, 29 Disember 2011

ORIENTASI & SUAI KENAL DANISH HAIKAL - (darjah 1)

Sekejap je masa berlalu, tup2 dah nak bukak sekolah balik. Tahun 2012 ni, 3 orang dari 4 anakku bersekolah. Abang Danial (darjah 5), Danish (darjah 1), Darwish (tadika).

Yang abangnya tu, biasalah... dah 4 tahun sekolah rendah... so tak de apa2 yang baru pun bagi dia, sekolah dan kawan2 tetap lama, cuma baju, kasut, beg dan seumpamanya jer yang baru.

Tapi tidak pada anak keduaku... Teruja benar dia nak ke sekolah. Sekolah betul katanya... yalah... sebelum ni pegi tadika.... bagi dia sekolah main2 jer. Aku sekolahkan dia di sekolah yang sama dengan abangnya Danial... iaitu Sekolah Kebangsaan Darulaman Height. Dengan harapan bolehlah ditengok2kan adiknya tu.

Bagi negeri Kedah 28hb Disember start kena laporkan diri untuk orientasi & suaikenal bagi budak2 darjah 1 sahaja. Danish ambik ujian saringan untuk menentukan kelas yg akan didudukinya. Harap2 dapat kelas depan sekali... :)

Awal2 lagi dah bangun, dengan penuh semangat nak ke sekolah..... teruja bebenor


Beg pilihannya (short listed mulanya angry birds & Cars)... memandangkan ramai
 yg akan bawak angry bird, aku sarankan agar pilih cars.... x lah nanti sama je
sepesen ngan kawan2nya...

di depan sekolah... x sabar2 nak masuk

Danish dok sebelah aweklah..... hehehe

Kelas sementara.... sedang menduduki ujian saringan... good luck sayang

tekun.....

daftar time.... lepas ni parents kena ke dewan dengan taklimat dari cikgu besar
yang tak henti2 berucap dengan semangatnya....

Makan time... awal pagi tadi, mama x sempat buat bfast...
sib baik cikgu bagi kuih ngan air kotak... layannn

ujian sudah, makan pun sudah (cari tong sampah nak buang plastik), pas ni nak balik... datang balik sekolah 3 Januari 2012..... x sabar rasanya.

nak balik dah... bye2... pose sikit... pewitt



Khamis, 22 Disember 2011

Duit kertas & syiling Malaysia berwajah baru 2012

 
 “Bank Negara Malaysia baru sahaja melancarkan duit syiling dan wang kertas Malaysia siri baharu semalam (21 Disember 2011). Duit syiling akan mula digunakan pada awal tahun 2012 manakala duit kertas akan mula digunakan pada bulan Julai 2012. Wang kertas terbaru ini bertemakan “Keunikan Malaysia” yang memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Ia terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100.

 

 
Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional.
Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia.
Untuk duit kertas baru Malaysia kali ini, denominasi RM20 mula digunakan semula setelah diberhentikan beberapa tahun dahulu.

 
  
Wang Kertas RM100 – Keajaiban Alam Semula Jadi
Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang dipaparkan pada duit kertas RM100 ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. Kedua-duanya adlaah alam semula jadi yang sangat mengagumkan dan membanggakan Malaysia.
 
Wang Kertas RM50 – Pertanian dan Teknologi
Pada wang kertas RM50, gambar kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan sebagai satu ikon ekonomi yang sedang berkembang pesat dan boleh dibanggakan. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

 

Wang Kertas RM20 – Hidupan Laut
Setelah sekian lama duit RM20 diperkenalkan semula dengan meletakkan gambar keindahan dan hidupan laut di Malaysia. Duit kertas baru RM20 ini memaparkan gambar dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea). Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

Wang Kertas RM10 – Flora
Wang kertas baru RM10 berwarna merah dan memaparkan Hutan Tropika Malaysia yang tumbuh subur. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bunga ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

Wang Polimer RM5 – Hidupan Liar
Wang kertas baru RM5 bertemakan hidupan liar dan memaparkan gambar burung enggang. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Burung yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’.

Wang Polimer RM1 – Sukan Tradisional
Wang kertas RM1 masih mengekalkan gambar permainan tradisional, Wau di belakang wang tersebut tetapi dengan rekaan dan bentuk baru. Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.






 

Rabu, 14 Disember 2011

APAM TEPUNG BERAS GEBU



Masa pantang selalu makan apam... sebab kuih lain x leh nak usik.... hari2 makan apam sampai jemu... tapi bila anak dah besor sikit ni, teringat balik zaman makan apam... tu yang carik balik resepi hehe....

Bahan-bahan ( bergantung kepada saiz acuan )
  • 1 cawan nasi yang dah masak
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu kecik yis (mauripan)
  • pewarna yang disukai
Cara-cara
  1. Nasi dan air diblend bersama sehingga nasi hancur
  2. Tepung beras dan tepung gandum diayak terlebih dahulu... kemudian digaul sebati dengan gula dan yis
  3. Satukan nasi yang diblend dengan adunan tepung td... digaul sehingga sebati...
  4. Sebelum perap.. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut bilangan pewarna.. pastu letak pewarna dan gaul sebati...
  5. Perap selama 3-4 jam... masukkan dalam acuan yang disukai... baru dikukus mengikut saiz acuan berkenaan.. klu kecik kukus la dlm 10-15minit.. klu acuan besar kukus la selama 30-40minit...
         Boleh la nak makan terus atau makan ngan kelapa parut bergaram





ada sejenis lagi resepi buat apam....... lebih moden sikit



Bahan-bahan ( 24 biji )
  • 200g gula kastor
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh ovallette
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 250g tepung gandum
  • 1 cawan Aiskrim soda (air gas)
  • Perasa jika suka (cth : pandan, pisang)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Pukul gula kastor, telur & ovallette hingga kembang serta tulus mulus (agak2 putih lee..). Tambahkan esen vanilla.
  2. Masukkan tepung berselang-seli dengan air aiskrim soda & pukul rata. Tambah perasa jika suka.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & kalerkan ikut kesukaan anda.
  4. Letakkan kertas cupcake ke dalam acuan lompang & masukkan adunan ke dalam cup berselang mengikut warna.
  5. Kukus selama 10 minit dengan api sederhana. Kalau nak rekahan besar, kukus dengan api besar.
Boleh tambah topping atau filling jika suka. Selamat mencuba!