Khamis, 28 November 2013

DARLISA 2 TAUN SUDAH !!!



SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE-2 MY PRINCESS.....
SORRY SAYANG... KITA TANGGUH DULU CELEBRATE BDAY YE... ESOK ABG DANIAL START UPSR DAH.... KALUT NGAN ABANG... SEMOGA SIHAT2 SELALU, JGN NAKAL2 & JADI ANAK YG SOLEHAH... MAMA, PAPA, ABG DANIAL, ABG DANISH & ABG DARWISH SAYANG SANGAT2 KAKAK LISA..... MUAH..MUAH..MUAH.. 

last minute daftar KAFA sebelum UPKK

Apapun daku selalu ketinggalan ketapi... sebelum ni tak terpikir nak hantar ke KAFA... hari demi hari, tahun demi tahun.... bila anak sulungku Danial dah darjah 5 baru terpikir nak hantar ke KAFA... baik lambat dari tidak... betul tak?

Menurut sorang teman, peksa besar KAFA rupanya UPKK... cam UPSR gaklah kira-kiranya... tapi kalau nak ambik UPKK pendaftaran haru dibuat sebelum FEB... anakku masuk pun dah April.... alangkah ruginya ku rasa.... lebih2 lagi apabila sepupu suamiku (seorang guru KAFA gak) bgtau, UPKK result ni nanti akan membantu juga kalau anak nak masuk SPB lebih2 lagi Sekolah agama... hmmmm apa boleh buat udah terlambat... lagipun aku x rasa dengan hanya belajar beberapa bulan je, anakku mampu jawab soklan UPKK tu nanti... 

Tapi, kuasa Allah... sapa nak tau rezeki... rupa2nya cikgu kelas KAFA anakku dah buat rayuan untuknya agar dapat ambik UPKK tu sekali... dengan alasan anakku Danial menunjukkan keputusan yg memberangsangkan setiap kali ujian bulanan di kelas KAFAnya... syukur rezeki kot namanya tu...

Akhirnya hari yang dinanti telahpun tiba... dengan penuh keyakinan menduduki peperiksaan KAFA....

jeng...jeng...jeng.... dan result yang tak disangka2 kuar juga... taraaaaaaa ...



Alhamdulillah....PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) boleh tarik nafas lega dah... berjaya juga dapat 8A walaupun sirah atas pagar hihi... tak pe..tak pe... mama tetap bangga... still dapat score 8A walaupun masuk kelas KAFA hanya bulan April hari tu.... terlewat masuk.. orang lain dah belajar 3-4 tahun, baru terhegeh2 daftar masuk.... teruskan usaha... bonuslah ni guna result ni kalau ada niat nak masuk asrama sekolah agama penuh nanti.... 

alahai anak daraku

Alhamdulillah, setelah hampir 11 tahun kahwin, aku dah ada 3 org putera.... rasa2nya teringin jugak nimang puteri. Memandangkan umurpun makin bertambah2, aku decide 2011 ni, nak kena tambah
sorang lagi. Mintak2 kali ni biorlah dapat jantina yang kami laki bini idamkan. Nak jadikan cite, rezeki Allah bagi, aku disahkan ngandung pada Jan 2011. Masa tu dah masuk 4-5 minggu kot kandunganku. Hari demi hari, minggu demi minggu, peyotku makin besor.. aku pegi scan 3-4 kali, tapi si kecik ni tak nak tunjuk `anu' nye. nak buat surprise kat mama ngan papanya kot... hmmmm... bulan ke 7 barulah terbongkar segala rahsia yang disorok si kenit ni... baby girl... ngeh ngeh ngeh... air mataku hampir2 terjun dari kedua mataku... aku tengok muka lakiku, sebak sungguh kulihat.. waduh...touching... Allah kabulkan impian kami. Doaku semoga baby ni selamat & sihat dilahirkan kelak.

Isnin, 13 Februari 2012

Kek Batik kegemaran anak-anakku...

Wah lamanya tak berblog, almaklumlah ke`busy'an hehe.... apapun tetiba terdetik pulak nak menaip, nak berblog berceloteh kat blog yang tak ramai pun pengikut ni kihkihkih.....

cam nilah ngupenya bila dah dipotong.... nice kan...

Kali ni aku nak cerita pasal Kek Batik.... Kek batik ni dulu aku selalu buat, tapi resepinya lain dari yang aku buat sekarang. Versi yang lama dulu aku buat ala-ala biskut batik bukan kek batik hehe, tak nampak pun ngupe keknya.... (resepi kawan sekolah aku yang bagi).... tapi still sedaplah kalau dimakan cumanya masa nak potong tu sedikit comot dan keras sikit. Cara versi lama, semuanya masuk dalam kuali then masuk biskut merry tu, pastu masuk dalam loyang dan tekan mampat-mampatkan bagi rata, masuk peti ais... camtu caranya...

Ni nak cite versi baru pulak......

ni dia pandangan 1 loyang - ( 1kilo)

ni zoom dari dekat - nyummmm

yg ni last portion.... dalam loyang dah abis...

susunan kecundang ke mulut namanya ni...


Pikir punya pikir kali ni aku nak buat kek batik, bukannya biskut batik...Aku pun mulalah carik dalam mr. google..., carik punya carik terjumpalah satu resepi kek batik yang aku lupa kiriman sapa (thanks tuan punya resepi)... kali ni sgt2 berbeza dari yang sebelum ni aku buat... sgt2 sedap dan cukup rasanya..... nyum2 lemak2 manis2.... pada yg tak penah buat kek tu, aku gerenti korang boleh bikin ini kek... simple dan mudah.....versi kali ni lebih kurang mcm  nak buat tiramisu...... main susun2 je.... hehe... anak2 aku pun suka nolong kat dapur... tapi kena pastikan dulu tangan dicuci sebelum ke dapur ye nak oiii....

Zoom in lagik....
tinggallah cebisan2 terakhir..... bawah sekali tu boleh nampak plastik sebagai lapik
 supaya tak melekat apabila kita memotong kek tu...

Pertama kali je aku try resepi versi baru ni terus menjadi.... Sehari je dah licin kek batik ni..... anak2 ku punyalah gilakan kek batik aku versi baru ni.... paling tak best kuar dari mulut anakku no : 3 Darwish Hazim yang ku panggil awish..., "mama, mama buatlah kek ni lagi esok ye...." waduhhhh, ambik ko, takkanlah nak makan kek batik hari2 nak oiii.... kira kira minggu depan pulak ekk........

Kat sini aku sertakan resepi kek batik versi baru yang aku canang2kan seperti gambo2 kat atas tadi.....



KEK BATIK aka kek paling senang dalam dunia
Bahan2nya ( utk berat 1 kg )
200g milo (dalam 2 cawan milo)

250gm butter – dalam ¾ cwn marjerin

3 sudu makan serbuk koko

1 tin kecil susu pekat manis - aku buat ¾ tin je sebab manis sgt
biskut marie secukupnya (lbh kurang 350g cukup dah…)
 
Cara membuatnya
1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)

2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali…

3. Setelah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur dan jadi likat

4. Seterusnya masukkan serbuk koko…. gaul tanpa henti sehingga halus dan tak berketul lagi….

5. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.

6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.

7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis macam buat tiramisu gak

8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman…. potong dan siap untuk dihidangkan…
 
 
p/s : kalau masa melapiskannya coklat tu mula mengeras, cairkan semula atas api yang kecil..... selamat mencoba... :)


Khamis, 29 Disember 2011

ORIENTASI & SUAI KENAL DANISH HAIKAL - (darjah 1)

Sekejap je masa berlalu, tup2 dah nak bukak sekolah balik. Tahun 2012 ni, 3 orang dari 4 anakku bersekolah. Abang Danial (darjah 5), Danish (darjah 1), Darwish (tadika).

Yang abangnya tu, biasalah... dah 4 tahun sekolah rendah... so tak de apa2 yang baru pun bagi dia, sekolah dan kawan2 tetap lama, cuma baju, kasut, beg dan seumpamanya jer yang baru.

Tapi tidak pada anak keduaku... Teruja benar dia nak ke sekolah. Sekolah betul katanya... yalah... sebelum ni pegi tadika.... bagi dia sekolah main2 jer. Aku sekolahkan dia di sekolah yang sama dengan abangnya Danial... iaitu Sekolah Kebangsaan Darulaman Height. Dengan harapan bolehlah ditengok2kan adiknya tu.

Bagi negeri Kedah 28hb Disember start kena laporkan diri untuk orientasi & suaikenal bagi budak2 darjah 1 sahaja. Danish ambik ujian saringan untuk menentukan kelas yg akan didudukinya. Harap2 dapat kelas depan sekali... :)

Awal2 lagi dah bangun, dengan penuh semangat nak ke sekolah..... teruja bebenor


Beg pilihannya (short listed mulanya angry birds & Cars)... memandangkan ramai
 yg akan bawak angry bird, aku sarankan agar pilih cars.... x lah nanti sama je
sepesen ngan kawan2nya...

di depan sekolah... x sabar2 nak masuk

Danish dok sebelah aweklah..... hehehe

Kelas sementara.... sedang menduduki ujian saringan... good luck sayang

tekun.....

daftar time.... lepas ni parents kena ke dewan dengan taklimat dari cikgu besar
yang tak henti2 berucap dengan semangatnya....

Makan time... awal pagi tadi, mama x sempat buat bfast...
sib baik cikgu bagi kuih ngan air kotak... layannn

ujian sudah, makan pun sudah (cari tong sampah nak buang plastik), pas ni nak balik... datang balik sekolah 3 Januari 2012..... x sabar rasanya.

nak balik dah... bye2... pose sikit... pewitt



Khamis, 22 Disember 2011

Duit kertas & syiling Malaysia berwajah baru 2012

 
 “Bank Negara Malaysia baru sahaja melancarkan duit syiling dan wang kertas Malaysia siri baharu semalam (21 Disember 2011). Duit syiling akan mula digunakan pada awal tahun 2012 manakala duit kertas akan mula digunakan pada bulan Julai 2012. Wang kertas terbaru ini bertemakan “Keunikan Malaysia” yang memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Ia terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100.

 

 
Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional.
Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia.
Untuk duit kertas baru Malaysia kali ini, denominasi RM20 mula digunakan semula setelah diberhentikan beberapa tahun dahulu.

 
  
Wang Kertas RM100 – Keajaiban Alam Semula Jadi
Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang dipaparkan pada duit kertas RM100 ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. Kedua-duanya adlaah alam semula jadi yang sangat mengagumkan dan membanggakan Malaysia.
 
Wang Kertas RM50 – Pertanian dan Teknologi
Pada wang kertas RM50, gambar kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan sebagai satu ikon ekonomi yang sedang berkembang pesat dan boleh dibanggakan. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

 

Wang Kertas RM20 – Hidupan Laut
Setelah sekian lama duit RM20 diperkenalkan semula dengan meletakkan gambar keindahan dan hidupan laut di Malaysia. Duit kertas baru RM20 ini memaparkan gambar dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea). Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

Wang Kertas RM10 – Flora
Wang kertas baru RM10 berwarna merah dan memaparkan Hutan Tropika Malaysia yang tumbuh subur. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bunga ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

Wang Polimer RM5 – Hidupan Liar
Wang kertas baru RM5 bertemakan hidupan liar dan memaparkan gambar burung enggang. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Burung yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’.

Wang Polimer RM1 – Sukan Tradisional
Wang kertas RM1 masih mengekalkan gambar permainan tradisional, Wau di belakang wang tersebut tetapi dengan rekaan dan bentuk baru. Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.






 

Rabu, 14 Disember 2011

APAM TEPUNG BERAS GEBU



Masa pantang selalu makan apam... sebab kuih lain x leh nak usik.... hari2 makan apam sampai jemu... tapi bila anak dah besor sikit ni, teringat balik zaman makan apam... tu yang carik balik resepi hehe....

Bahan-bahan ( bergantung kepada saiz acuan )
  • 1 cawan nasi yang dah masak
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu kecik yis (mauripan)
  • pewarna yang disukai
Cara-cara
  1. Nasi dan air diblend bersama sehingga nasi hancur
  2. Tepung beras dan tepung gandum diayak terlebih dahulu... kemudian digaul sebati dengan gula dan yis
  3. Satukan nasi yang diblend dengan adunan tepung td... digaul sehingga sebati...
  4. Sebelum perap.. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut bilangan pewarna.. pastu letak pewarna dan gaul sebati...
  5. Perap selama 3-4 jam... masukkan dalam acuan yang disukai... baru dikukus mengikut saiz acuan berkenaan.. klu kecik kukus la dlm 10-15minit.. klu acuan besar kukus la selama 30-40minit...
         Boleh la nak makan terus atau makan ngan kelapa parut bergaram





ada sejenis lagi resepi buat apam....... lebih moden sikit



Bahan-bahan ( 24 biji )
  • 200g gula kastor
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh ovallette
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 250g tepung gandum
  • 1 cawan Aiskrim soda (air gas)
  • Perasa jika suka (cth : pandan, pisang)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Pukul gula kastor, telur & ovallette hingga kembang serta tulus mulus (agak2 putih lee..). Tambahkan esen vanilla.
  2. Masukkan tepung berselang-seli dengan air aiskrim soda & pukul rata. Tambah perasa jika suka.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & kalerkan ikut kesukaan anda.
  4. Letakkan kertas cupcake ke dalam acuan lompang & masukkan adunan ke dalam cup berselang mengikut warna.
  5. Kukus selama 10 minit dengan api sederhana. Kalau nak rekahan besar, kukus dengan api besar.
Boleh tambah topping atau filling jika suka. Selamat mencuba!